Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!

Another good post from Mr Zul at http://www.mohdzulkifli.com/2017/09/kembali-kepada-semangat-ilmu-itulah-rahsia-cemerlang-pelajaran-di-universiti.html

———————————————————————-

by  on SEPTEMBER 19, 2017

Post image for Kembali Kepada Semangat Ilmu, Itulah Rahsia Cemerlang Pelajaran Di Universiti!Pengalaman belajar di universiti dulu sangat menarik. Saya antara pelajar yang dapat keputusan akademik yang baik zaman universiti dulu. Pernah ada semester yang saya dapat pointer 4.00 dan menjadi pelajar pertama UiTM Kampus Machang yang pernah dapat pointer itu. Maksudnya, semua subjek saya dapat skor A atau A+ untuk satu semester tu.

Cuma apa yang menarik, walaupun dapat skor dalam kebanyakkan subjek, tetapi dalam fikiran saya tak pernah terfikir pun nak skor A. Yang saya fikir ialah saya nak dapatkan ilmu je. Dan ilmu tu saya nak gunakan untuk jadi seorang akauntan, iaitu cita-cita saya ketika itu.

Bila fikir nak dapatkan ilmu, kita akan belajar dengan penuh minat. Kita nak ilmu, bukan nak skor A. Sebaliknya bila kiblat belajar cuma untuk dapat segulung sijil Ijazah dan skor A, maka proses pembelajaran tu akan jadi sangat membosankan. Belajar sebab nak dapat kelulusan, bukan nak dapat ilmu. Itu satu kerugiaan.

Budaya Membaca Sepanjang Hayat

Setakat pemerhatian saya, boleh dikatakan majoriti mereka yang belajar di universiti kiblatnya hanyalah nak dapat kelulusan supaya dapat kerja yang baik, bukan kerana ilmu. Itu pengakuan jujur bila saya buat survey secara rambang. Bila fokus cuma dapat segulung sijil, maka kita akan hilang minat terhad ilmu. Bila exam, pelajar sanggup meniru. Bila habis exam, semua ‘tutup buku’ sedangkan kita semua perlu membaca buku sepanjang hayat kalau nak berjaya dalam hidup.

Hingga hari ini, saya terus membaca buku. Secara purata, saya membaca dua (2) buah buku sebulan. Baca buku untuk dapatkan ilmu dan pertingkatkan diri sendiri supaya jadi lebih baik. Tak ada kena mengena dengan exam.

#1 – Fokus Kepada Ilmu, Bukan Kelulusan

Jadi untuk cemerlang belajar di universiti, perkara pertama yang saya fikir perlu diterapkan dikalangan pelajar-pelajar ialah kembali kepada semangat menuntut ilmu yang sebenar. Belajar untuk dapat ilmu, dan ilmu itu akan bermanfaat kepada kita sepanjang hayat. Barulah kita akan belajarnya dengan penuh minit, insyaAllah.

Kalau ambil kurus perakaunan macam saya dulu, sepatutnya pelajar perlu ada cita-cita untuk jadi akauntan yang profesional, barulah dia akan belajar dengan penuh minat. Kalau cita-cita nak jadi chef profesional, dia mesti tukar masuk ke kursus bidang masakan, bukan terus kekal dalam kursus perakaunan yang cuma akan membuang masa dan duit je.

#2 – Dapatkan Silibus Semua Subjek

Ini apa yang saya buat. Masa mula-mula masuk kursus perakaunan, saya go thrudulu senarai subjek untuk semester tertentu. Jadi kita dah tahu awal-awal apa subjek yang kita belajar pada masa depan.

Sebelum mula semester, dapatkan silibus yang akan kita belajar. Setiap subjek akan ada silibusnya. Kalau sebuah buku, silibus tu macam “Senarai Kandungan”. Jadi silibus tu dah siap-siap masuk dalam kotak fikiran kita.

Bila mula sessi pengajian, barulah masukkan ilmu dalam setiap kotak-kotak yang ada dalam fikiran kita tu. Ilmu tu akan tersusun dalam fikiran kita nanti, insyaAllah.

#3 – Dapatkan Kefahaman Umum Sebelum Belajar

Sebelum mula semester baru, saya akan dapatkan kefahaman umum apa subjek yang saya akan belajar pada semester akan datang. Caranya, berkawanlah dengan senior-senior yang cemerlang. Zaman saya belajar dulu, golongan yang cemerlang ni dipanggil sebagai “Budak Dekan”. Maksudnya, mereka dapat Anugerah Dekan dengan pointer 3.50 ke atas untuk sesuatu semester.

Jadi bila berkawan dengan senior Budak Dekan, saya berpeluang dapatkan buku teks untuk semester akan datang, dan juga nota-nota tulisan tangan mereka sendiri. Kekadang, waktu cuti semester saya tak bercuti. Sebaliknya ambil peluang belajar dengan senior Budak Dekan ni.

Bila semester baru dah bermula, saya dah tahu apa yang akan saya belajar. Bila masuk kelas, ilmu yang pensyarah ajar tu terus masuk dalam kotak-kotak fikiran yang saya sediakan sebelum bermulanya semester lagi!

#4 – Bagi Perhatian Sepenuhnya Dalam Kelas

“Datang kelas” sangat-sangat penting. Study sendiri 6 jam tak akan sama dengan belajar terus dengan pensyarah dalam kelas selama 1 jam! Bila mengadap guru, ilmu tu lebih cepat sampai. Kalau ada yang tak faham, boleh terus tanya dan kita dapat jawapan on-the-spot!

Jadi saya memang kesian dengan kawan-kawan yang ponteng kelas. Bagi saya, datang belajar dan fokus 1 jam dalam kelas lebih baik daripada study dan buat revision sendiri. Bahkan boleh saya katakan, waktu yang paling banyak saya belajar ialah dalam kelas, bukan di luar kelas!

Tentang sistem nota pulak, bagi saya nota terbaik ialah nota yang kita tulis masa pensyarah sedang mengajar. Sebab bila tengok balik nota tu, otak kita automatik akan recall balik pensyarah yang sedang mengajar. Walaupun nota tu tak cantik atau cakar ayam, yang penting kita dapat tulis point-point penting tentang apa yang pensyarah sampaikan. Bagi saya, nota cakar ayam tu lebih baik berbanding nota baru yang kita tulis di luar kelas.

Habis kelas, kita sepatutnya update je nota sedia ada yang kita tulis tu, bukan tulis nota baru. Tambah je mana-mana point yang kita tertinggal. Ambil masa beberapa minit untuk update nota setiap kali habis kelas. Bila buat sistem macam ni, kita tak pening kepala nak review pelajaran menjelang final exam nanti, insyaAllah.

#5 – Ajar Ilmu Kepada Kawan-kawan

Bila menjelang final exam, selalunya saya tak ambil masa yang lama untuk buat revision. Musim final exam, selalunya saya ruangkan banyak masa ajar kawan-kawan lain yang satu kelas dengan saya. Masa sessi pelajaran dalam kelas, mereka tak fokus, bahkan ada yang ponteng. Masa nak exam barulah mereka terkial-kial nak belajar.

Jadi saya tolong ajarkan mereka. Bila kita sampaikan ilmu, kita akan dapat lebih banyak ilmu. Ilmu kita yang dah sedia ada akan lebih kukuh dan lebih faham bila kita ajar orang lain. Pensyarah saya pernah pesan, kita hanya boleh jawab exam dengan baik bila kita dapat ajar orang lain tentang apa yang kita belajar! Maksudnya selagi tak dapat sampaikan ilmu kepada orang lain, kita belum benar-benar faham apa yang kita belajar.

Inilah pengalaman saya dapat skor cemerlang masa universiti dulu. Ada satu tip paling penting sebelum 5 tip yang saya share ni, iaitu kita mesti jadi “budak baik” masa di universiti. Mesti jadi “orang”, bukan jadi “jembalang”!.

Universiti Medan Membentuk Jati Diri

Jaga solat dengan baik, bergaul dan berkawan dengan kawan yang baik-baik, jagi geng surau, jadi geng usrah, insyaAllah kita akan jadi orang yang baik dan tak terlibat langsung dengan gejala yang merosakkan di universiti. Faktor paling utama kenapa sebahagiannya gagal di universiti bukan sebab mereka belajar tak pandai, tapi sebab terlibat dengan aktiviti yang merosakkan! Akhirnya mereka hilang fokus dalam pelajaran.

Anggapkan universiti adalah medan membentuk sahsiah dan jati diri, bukan sekadar pelajaran. Diri kita yang terbentuk masa di universiti itulah selalunya menjadikan siapa kita di dunia luar universiti nanti. Pemerhatian saya, kalau zaman universiti jenis rajin solat di surau dan masjid, insyaAllah di luar universiti nanti pun dia akan jadi kaki surau dan masjid juga, insyaAllah.

Mudah-mudahan catatan ringkas ini bermanfaat sebagai panduan untuk adik-adik yang sedang belajar di universiti. Share artikel ini kepada adik-adik di universiti sekiranya ia bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
19 September 2017
23 Zulhijjah 1438H

Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer…

A very good post from  http://www.mohdzulkifli.com/2011/06/kalau-belajar-mesti-dapat-3-pointer.html -------------------------------------------------------------------------------------------- Kalau Belajar, Mesti Dapat 3 Pointer… by MOHD ZULKIFLI … [Continue reading]

21 Suggestions for Success

21 Suggestion for Success by H.Jackson Brown 1- Marry the right person. This one decision will determine 90% of your happiness or misery 2- Work at something you enjoy and that's worthy of your time and talent 3- Give people more than they … [Continue reading]

New Tantalum Alloy Resists Highly Corrosive Environments

By Paul Aimone on 8/31/2017 1:39 PM Tantalum Tubing for Chemical Processing. Photo courtesy of H.C. Starck. Tantalum and tantalum alloys have been used in electronic, chemical processing, and other industries for many years. The largest … [Continue reading]

Graphene Nanoplatelets Boost Barrier Protection to Epoxy Coatings

Adapted from Materials Performance Magazine By Lynn Chikosha, Adrian Potts, and William Weaver on 8/31/2017 1:42 PM FIGURE 1: Epoxy-coated steel panels before (A, B, C) and after (D, E, F) 1,000 h of salt fog testing: (A) 0% graphene control at 0 … [Continue reading]

Time Management Tips: The ABCs

These consist of 26 tips thus can be viewed as the management ABCs. You can choose among these 26 time management tips- ABCs - to help you to fulfil your roles and achieve your goals; A - Define roles, set goals and determine action items B- … [Continue reading]

Detecting Corrosive Sulfides Challenges U.S. Shale Operators

By Ben DuBose on 7/31/2017 2:19 PM Researchers studied oil and gas wells in the Utica Shale region of the United States for the presence of corrosive sulfides. Photo courtesy of Rebecca Daly, The Ohio State University. Many modern tests … [Continue reading]

Specification and Inspection Play Vital Role in Coating Steel Structures

By R. Prasanna on 7/31/2017 2:22 PM The use of a coating thickness gauge can be a key part of the inspection process on steel structures. The coating specification will determine the entire scope of any coating project. Specifically, for … [Continue reading]

Cathodic Protection Survey Procedures

Cathodic Protection Survey Procedures By W. Brian Holtsbaum Price USD 90 (RM 386) this book available at PSZ library TA418.74 H65 This comprehensive second edition provides a detailed step-by-step procedure for onshore cathodic protection … [Continue reading]

Cathodic Protection An Alternative View of the Cathodic Protection Mechanism on Buried Pipelines

By R.A. Gummow, S. Segall, and D. Fingas on 3/28/2017 5:22 PM Prior research on polarization tests on steel in seawater found that CP was achieved by polarizing to, or at least toward, the potential of local action anodes. Editor's note: … [Continue reading]