Tong gas (LPG) dan penggunaannya

TONG GAS
Perkara penting yang harus kita perhatikan mengenai tong gas kita ialah tentang tarikh luput tong gas tersebut. 


Cara untuk mengetahui hal tersebut ialah dengan memerhati salah satu sisi dalam tong silinder dan cari 3 abjad besar yang bertulis. Selalunya ditulis dalam format A, B, C atau D, dan kemudiannya diikuti dengan 2 digit. Contohnya: B14


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam tahun tersebut:

A untuk March ( Suku pertama )
B untuk Jun (Suku kedua )
C untuk September ( Suku ketiga ) &
D untuk Disember ( Suku keempat )

2 digit nombor pula menunjukkan sehingga tahun berapa tong silinder ini selamat digunakan. 

Contoh: B14 – Tong gas selamat untuk digunakan sehinggan bulan Jun tahun 2014.
Gambar: Boleh digunakan sehingga September 2019

HOS DAN PENGATUR GAS MEMASAK

Hos tong memasak harus diperhati untuk kod warna yang ada pada hos. Hos yang sering digunakan untuk bendalir termampat terbahagi kepada 3 jalur warna: (Rujukan: www.phych.usyd.edu.au/)


Biru – Khas untuk gas Oksigen (Oxygen gas)
Merah – Khas untuk gas Acetylene
Jingga/Oren – Khas untuk gas LPG (Gas memasak)

Kod warna ini hanya untuk rujukan dan bukanlah harus diikuti, namun lebih baik jikalau kita juga peka akan kod warna hos gas memasak kita.

Menurut Ameyrullah, 2007, hos untuk gas memasak harus ditukar setiap 2 tahun. Hal ini juga disokong oleh Prof Ir Dr Rahmat Mohsin dalam penerangannya di Berita Harian yang menyatakan bahawa hos gas memasak dan pengaturnya harus ditukar selang 2-3 tahun sekali.

Welcome To Prof Madya Dr Rahmat Page

Hi to All … [Continue reading]

Kurang arif guna LPG risiko kebakaran

Kurang arif guna LPG risiko kebakaran 2013/09/20 - 06:13:35 AM Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail | smohd@bh.com.my Cetak Emel Kawan Rahmat menunjukkan pengatur gas ketika menjelaskan keselamatan penggunaan gas domestik dan industri di … [Continue reading]